Uncategorized

Krisis Perak FC masih menyedihkan kerana peminat bola sepak ASEAN mahu FIFA menyiasat Persatuan Bola Sepak Malaysia FAM.

Krisis Perak FC masih menyedihkan kerana peminat bola sepak ASEAN mahu FIFA menyiasat Persatuan Bola Sepak Malaysia FAM.

Langkah Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) yang mengumumkan kehadiran tiga pemain kelahiran Argentina, seorang berketurunan Sepanyol dan seorang Brazil untuk memperkuat skuad Harimau Malaya menimbulkan perdebatan dalam kalangan penyokong di Asia Tenggara.

Menurut hantaran Indonesian Football News di laman Facebook, ramai penyokong termasuk dari Indonesia, Vietnam dan Thailand mempersoalkan keabsahan mengenai susur galur dan salasilah pemain terbabit yang menjadi pemain berdarah warisan baharu buat skuad bimbingan Peter Cklamovksi.

Rata-ratanya tidak percaya pemain yang dipanggil FAM memiliki darah keturunan dengan rakyat Malaysia apatah lagi selepas mereka tampil dari benua Amerika Selatan.

Rata-ratanya tidak percaya pemain yang dipanggil FAM memiliki darah keturunan dengan rakyat Malaysia apatah lagi selepas mereka tampil dari benua Amerika Selatan.

Salah seorang pengguna platform X berkata: “Saya percaya 100 peratus tidak ada satu pun pemain Argentina ini memiliki datuk atau pun nenek Malaysia atau berlatar belakang Malaysia.

“Mereka sedang membeli pemain, pasti Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) akan melarang mereka jika menerima bantahan negara ASEAN.”

Malah, akaun penyokong Vietnam juga menyatakan: “Dahulu kami mengkritik Indonesia kerana naturalisasi, tetapi setidak-tidaknya pemain mereka memiliki asal-usul yang jelas. Tetapi Malaysia, sukar dibuktikan.”

Penyokong ASEAN turut menuntut FIFA melakukan siasatan ke atas FAM seperti kes membabitkan Timor Leste yang menyaksikan mereka dihukum susulan isu sama.

Sebagai rekod, baru-baru ini skuad Harimau Malaya memperkenalkan lima pemain berdarah warisan baharu iaitu Imanol Machuca, Joao Figueiredo, Rodrigo Holgado, Jon Irazabal dan Facundo Garces.

Tiga pemain lahir di Argentina – Machuca, Garces dan Holgado – sementara Figueiredo pula berasal dari Brazil dan Irazabal anak kelahiran Sepanyol.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button