Uncategorized

Perak sedia membelanjakan RM2 juta untuk menyertai Liga A1, gaji pemain dikawal bagi mengelak masalah kewangan

Perak sedia membelanjakan RM2 juta untuk menyertai Liga A1, gaji pemain dikawal bagi mengelak masalah kewangan

Skuad Perak memperuntukkan kira-kira RM2 juta sebagai usaha memastikan pasukan berdaya saing sekiranya berjaya menyertai Liga A1 Semi Pro musim depan.

Presiden Persatuan Bolasepak Perak (Pafa), Datuk Mohd Azhar Jamaluddin, berkata komitmen penuh diberikan untuk membentuk sebuah pasukan yang mantap dan mampu mencabar dalam saingan kompetitif itu.

Menurut beliau, pihak pengurusan turut mengambil pendekatan berhati-hati dengan tidak menawarkan gaji tinggi kepada pemain bagi mengelakkan sebarang masalah kewangan serius pada masa depan.

Saya sudah buat pengiraan bersama pengurusan dan jawatankuasa. Untuk Liga A1 sahaja, kita peruntukkan lebih RM2 juta untuk satu musim,” katanya.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button