Uncategorized

Pemain Perak FC bebas berunding dengan kelab lain untuk meneruskan kerjaya

Pemain Perak FC bebas berunding dengan kelab lain untuk meneruskan kerjaya Pemain Perak FC boleh berunding dengan kelab lain untuk meneruskan karier bola sepak mereka. Pengerusi Perak FC Datuk Seri Abdul Azim Mohd Zabidi berkata mereka tidak mahu memberi harapan palsu kepada pemain berhubung proses pengambilalihan pasukan itu. Oleh itu, pemain boleh bebas berunding dengan mana-mana pasukan yang berminat untuk mendapatkan khidmat mereka,” katanya kepada Bernama. Abdul Azim mendedahkan tiga entiti komersial berminat untuk mengambil alih Perak FC. Perkembangan terbaru ini membawa harapan baharu kepada penyokong The Bos Gaurus berikutan pengumuman kelab itu akan menarik diri daripada Liga Super musim depan kerana beban kewangan berjumlah hampir RM40 juta sejak tiga tahun lalu. Sementara itu, Abdul Azim berkata rundingan telah berlangsung minggu lepas dengan pihak ketiga mewakili entiti komersial yang berminat. Beliau berkata fokus utama perbincangan itu adalah untuk mengatur pertemuan dengan pemilik entiti untuk mengumpulkan maklumat terperinci berhubung tawaran pengambilalihan yang berpotensi. “Perbincangan dengan pihak ketiga atau ejen berjalan lancar, dan kami berharap pertemuan dengan pemilik entiti dapat disegerakan. “Ini penting untuk memahami terma yang mereka cadangkan dan betapa seriusnya mereka untuk mengambil alih Perak FC,” katanya.

Kita (kerajaan negeri) juga tidak mampu menyelesaikan masalah tunggakan gaji pemain Perak FC. Ia atas perbelanjaan (penaja Perak FC),” katanya ketika ditemui pemberita selepas menghadiri majlis Aidilfitri Raya syarikat berkaitan kerajaan (GLC) Perak bersama Menteri Besar di perkarangan Stadium Indera Mulia di sini hari ini. Saarani berkata bagaimanapun pembangunan bola sepak tetap diteruskan menerusi Persatuan Bola Sepak Perak (PAFA) yang berperanan mencungkil bakat baharu pelajar sekolah dan belia. Kos (pembangunan bola sepak) amat berpatutan dan kerajaan negeri turut membantu membiayai kira-kira RM1 juta,” katanya. Semalam, Pengerusi Perak FC Datuk Seri Azim Zabidi dilaporkan mengesahkan skuad itu terpaksa menarik diri daripada saingan Liga Super musim depan kerana masalah kewangan.

Azim dilaporkan berkata, pasukannya telah melakukan segala yang termampu untuk membangunkan pasukan itu termasuk membelanjakan hampir RM40 juta sejak tiga tahun lalu.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button