Uncategorized

FAM sekat perlawanan pasukan yang terpalit isu tunggakan gaji

FAM sekat perlawanan pasukan yang terpalit isu tunggakan gaji

Kota Bharu: Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) tidak akan teragak-agak mengenakan tindakan sekatan perlawanan terhadap mana-mana pasukan dalam Liga Premier Futsal Malaysia (MPFL) yang terpalit dengan isu tunggakan gaji pemain.

Naib Presidennya, Datuk Seri Rosmadi Ismail mengakui isu itu turut berlaku dalam saingan MPFL lalu namun tidak membabitkan peratusan yang besar dalam pasukan

Beliau berkata, pihaknya tidak membuat pemantauan khusus berkaitan isu itu namun mengetahuinya jika menerima laporan daripada pemain sendiri.

“Kejohanan divisyen 1 tahun lepas kita juga ada hadapi sedikit masalah berkaitan tunggakan gaji tapi tidak merangkumi peratus besar dalam pasukan, Alhamdulillah.

“Saya dimaklumkan oleh pihak urusetia, pasukan pun sedang dalam menyelesaikan masalah ini.

“FAM akan dapat info berkaitan kewangan jika ada laporan dari pemain, kita tiada pemantauan khusus dan kepada pasukan yang gagal dalam isu gaji ini, kita mungkin akan kenakan sekatan untuk ‘game’ akan datang,” katanya ketika sidang media di sini, hari ini.

Rosmadi turut menasihatkan kepada pasukan yang bertanding agar berbelanja ikut kemampuan dan mengutamakan pasukan yang sesuai dengan bajet tahunan yang disediakan.

Terdahulu beliau merasmikan pelancaran jersi dan memperkenalkan pemain Kelantan FT Malaysia Premier Futsal League (Divisyen 2) 2025 di sini, hari ini.

Kejohanan MPFL divisyen 2 yang akan berlangsung di Kuala Lumpur bermula Sabtu ini, Kelantan FT bakal berentap dengan pasukan Universiti Sains Malaysia (USM) Kubang Kerian.

Menurut Pengurus Pasukan, Wan Muhammad Firdaus Wan Juhari, Kelantan FT akan bermain dengan sebaik mungkin dengan meletakkan sasaran untuk kekalkan kejuaraan.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button